Garapan Hidup. . .
Friday, 29 November 2013
S. I. N. T. O. K
S = Sesuatu yang amat merugikan jika mensia-siakan usaha di separuh jalan
I = Ikhtiarlah untuk mencari penyelesaian bagi setiap permasalahan
N = Nawaitu yang betul sentiasa diredhaiNya dan dipermudahkan jalan
T = Teguhkan dan kukuhkan semangat untuk terus berjaya
O = Onak dan duri harus ditempuhi dengan penuh istiqamah
K = Kejayaan insyaAllah dalam genggaman
InsyaAllah.
Wednesday, 6 November 2013
Epilog Cinta Curang
Mendongak,
melihat langit-langit konkrit
yang seakan
menindih
jatuh dalam
angkara
timbang kurang
waras manusia.
Kulihat awan
dari tingkap berjeriji
cuba lagi
memujuk hati
ceria dan
gembira
tersenyum dan
ketawa
sebelum akhirnya
melutut dan menangis
tersedak
mengungkit kisah tragis
Melihat
jari-jari sendiri
pernah gemuruh
ditutup darah
hanya bayaran
sebuah setia
Takdir bernyanyi
lagi
dalam nada
sumbang
mendungukan aku
yang hilang
kiblat
menanti
saat-saat
leher tergantung
dibelitan
tali menjerut kuat
Pernah dahulu
dia berjanji
memberi rembulan
untuk kusimpan
di riba.
Pernah dahulu
dia berjanji
memberi matahari
untuk membuat hidupku bercahaya
Dan aku pernah
terlena
dengan syair
berlagu yang dia nyanyikan
membuai-buai
jiwaku
sebelum dicampak
janji-janji itu
menjadi sampah dan dia lupa
Dia hancurkan
riwayat indah
yang kami cipta
dengan cinta yang dikarang
tuntas, semua
terpadam
dalam drama cinta curang. . .
by:- Kum.1 Seni Lakon UUM
Cita- Citaku Sekarang Bukan Yang Dulu. . .
Sewaktu kecil, saya ingin menjadi seorang pereka
cipta alatan canggih untuk kegunaan seharian. Pelbagai alatan yang telah saya
mereka cipta semula bentuk dan kegunaannya. Namun begitu, minat itu tidak kekal
lama. Setelah saya menemui minat yang baru, saya dapati hidup saya lebih
bermakna berbanding dulu. Minat yang baru tersebut adalah berkenaan hal belakang tabir industri seni.
Kini, saya merupakan penuntut Universiti Utara
Malaysia dalam bidang komunikasi. Saya bersyukur kerana jalan untuk mencapai cita-cita baru saya yang ditanam dari kecil itu kelihatan akan jalannya. Pada semester keempat, saya akan memilih bidang
pengkhususan yang telah disediakan oleh pihak universiti. Oleh kerana saya amat
meminati bidang seni kreatif, saya akan memilih bidang pengkhususan pengurusan
seni kreatif. Dengan ini, saya dapat mengatur jalan yang lurus kearah kerjaya
yang saya ingini. Saya ingin berkecimpung dalam industri seni kreatif tanah
air.
Industri kreatif yang saya minati termasuklah hal ehwal belakang tabir
penyiaran televisyen dan juga radio. Minat dalam kerjaya tersebut mula berputik di hati semenjak kecil lagi. Menguruskan
sesuatu program televisyen adalah suatu impian yang paling dalam. Impian ini
turut menjadi pemangkin untuk saya belajar dengan lebih gigih bagi memastikan
saya menamatkan pelajaran saya dengan jayanya.
Tuesday, 5 November 2013
Klinik Untuk Semua
Pelbagai kemudahan
telah disediakan oleh kerajaan bagi memudahkan masyarakat menjalankan aktiviti
seharian. Ini termasuklah Klinik 1Malaysia yang telah dibangunkan hampir
kesemua kawasan termasuklah kawasan-kawasan yang terpencil. Klinik 1Malaysia
dibina adalah bertujuan supaya kesihatan masyarakat terutamanya bagi golongan yang
kurang berkemampuan terjaga. Hal ini kerana masyarakat golongan kurang
berkemampuan tidak mampu untuk membiaya rawatan di klinik-klinik swasta yang
ada.
Selain itu, klinik desa juga kurang dibangunkan di kawasan-kawasan
terpencil. Maka, penduduk di kawasan tersebut terpaksa menggunakan perkhidmatan
awam ataupun pengangkutan sendiri di mana ianya memakan belanja yang banyak
untuk ke klinik desa. Walaupun klinik 1Malaysia mengenakan kos yang murah,
namun layanan yang diberi amat memuaskan. Sejajar dengan peningkatan mutu
perkhidmatan, kerajaan merancang untuk menambahbaikkan dengan melanjutkan waktu
perkhidmatan 24 jam berbanding sekarang yang hanya dibuka dari jam 10 pagi
hingga 10 malam.
Selain itu, klinik 1Malaysia juga menempatkan pegawai-pegawai
kesihatan yang terlatih dalam bidang
perubatan. Klinik 1Malaysia ini sentiasa dipantau oleh Kementerian Kesihatan
dengan melakukan lawatan ke klinik-klinik tersebut.
Guru Dan Kredibiliti
Perubahan dalam bidang pendidikan berubah
selari dengan arus permodenan negara. Setelah lama para guru selesa dengan
sistem yang lama, kini kredibiliti mereka tercabar dek perubahan yang dilakukan
di dalam Transformasi Pendidikan Negara. Kita tidak boleh mengatakan bahawa
guru-guru di Malaysia adalah tidak berkemampuan, tetapi sebaliknya kita
perlulah memberi mereka masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang
berlaku.
Pada era ini, kerjaya seorang guru adalah salah satu kerjaya yang
diklasifikasikan sebagai kerjaya yang mencabar. Segalanya perlu dilakukan oleh
guru, bermula dari pemantauan pelajar, peningkatan prestasi sekolah sehinggalah
kerja perkeranian. Transformasi yang dilakukan ini menyebabkan para guru
terhimpit dengan adanya indeks petunjuk prestasi (KPI). Semua akan menunding
jari ke arah guru sekiranya murid-murid tidak mendapat keputusan yang
memberangsangkan, sedangkan hakikatnya, guru hanyalah dipertanggungjawabkan
mendidik murid-murid secar formal di sekolah.
Hal ini berlaku kerana ibu bapa
masa kini sukar mengakui kesalahan anak-anak mereka, sebaliknya sanggup
menyalahkan guru-guru di sekolah. Pandangan saya secara peribadi, tiada pihak
yang perlu dipersalahkan. Malah, ibu bapa dan guru-guru perlu berganding bahu
bagi memastikan para pelajar berjaya sebagai insan yang cemerlang, gemilang,
dan terbilang.
Subscribe to:
Posts (Atom)










